Tuesday, November 24, 2015

Hujan November

Jika aku harus membandingkan
Keindahan bumi ini
dengan ketenangan yang ada pada engkau
semestinya engkau akan memiliki kekalahan
Tapi jika kau haruskan pula aku 
Membandingkan engkau dengan semua ciptaan-Nya 
yang serupa bentuk badan sepertimu
percayalah sayang bahawa
engkaulah yang menggengam kemenangan
Malangnya
indahnya dunia tak sehebat kekufuran dan kesyaitanan
makhluk-makhluk bertangan kaki dua
Satu hati dan otak hanya tahu membinasakan
Oleh itu sayang,
sekarang aku hanya mampu menulis padamu
Surat yang pasti bakal dibakar terus
Sebelum sempat dipancar ke hadapan korneamu
Tentang air mataku
Yang kebanyakan waktunya mengalir deras
Seperti hujan di petang-petang bulan November Disember dan Januari.

2 comments:

DID YOU LOVE IT?